Gerbang malam -
Beroperasi setiap malam...gerbang
malam ini merupakan tempat di mana peniaga2
menjual pelbagai barang (uptown KL) dengan
harga yang berpatutan. Antara barang2 yang dijual di situ
baju t-shirt, kasut, handbag macam2 lagila...yang
penting boleh ditawar...Gerbang malam ni terletak di
Jalan Gurney, berdekatan Kedai Makan Taman Kanak-
kanak...kalau tak tau nak pi, tanye orang gerbang malam
kat mane, confirm orang tau kat mane...Parkingnyer
susah sikit sebab dier berhampiran jalan besar, so
berhati2 semasa melintas yer...Waktu beroperasi dari
pukul 7.00 malam ke 1.00 pagi
![]() |
Berdekatan Bank Simpanan Nsional di Pekan Lama |
![]() |
Pengunjung Gerbang malam...Gerbang malam akan lebih meriah sampai berlaga bahu terutamanya time rayer...sebabnyer jeans2 tengah banyak stok time2 nak dekat rayer... |
Gua Kek Lok Tong -
Sejenis Gua batu kapur terletak di
kawasan perumahan, Taman Rapat Indah...siapa yang tak
biase pegi memang tak dapat cari...pakai GPS yer...Mase
nak masuk ke gua tersebut, kiter kene menaiki tangga,
penatla jugak...biler dah menaiki tangga, kiter akan
jumpe patung2 Buddha di dalam gua tersebut. Keluar je
dari gua tu, korang akan terpegun dengan pemandangan
yang cantik di sebalik gua itu....sangat cantik...Untuk
student2 geologi mungkin berminat nak kaji selidiik kat
sini....Masuk adalah percuma...
Pintu masuk Gua Kek Lok Tong |
Panorama di dalam kawasan gua |
Pemandangan setelah keluar dari gua |
Gunung Lang -
Adalah sejenis gua juga yang terletak di
Jalan Kuala Kangsar....Di situ anda boleh naik bot pergi
ke seberang merentasi tasik untuk menikmati
pemandangan yang cantik......Tasik itu dipercayai
terdapatnya naga, di mana orang2 tempatan ternampak
seekor naga timbul di tasik berkenaan pada satu ketika
dahulu...
Tiket bot :- Dewasa : RM 3.00
Kanak-kanak : RM 0.50
Warga Emas (55tahun ke atas) : RM 1.50
Lost World of Tambun -
Tempat rekreasi yang
semestinyer digemari oleh kanak-kanak...pelbagai
aktiviti boleh dilakukan di sana, camping,
trekking....parking dikenakan RM 1.00 sepanjang
hari...
Tiket masuk :- Dewasa : RM 38.00
Kanak-kanak
(12tahun ke bawah) : RM 32.00
Kanak-kanak
tidak melebihi 90sm : Free
![]() |
Pintu masuk ke Lost world of Tambun |
![]() |
Dry park |
![]() |
Wet park |
Terletak berdekatan Majlis Bandaraya
Ipoh. Tuan punye kedai adalah wanita2
belaka yang merupakan ibu tunggal....Ini adalah satu
inisiatif Yayasan Bina Upaya Negeri Perak untuk
membantu para ibu tunggal untuk meningkatkan taraf
hidup mereka....Beroperasi dari jam 7.00 malam -
12.00 malam pada malam Sabtu dan Ahad sahaja...
Pelbagai barang dijual di sini seperti gerbang malam...
Eco Park, Taman Botani, Ipoh -
Taman Rekreasi untuk
bersantai bersama keluarga...pelbagai aktiviti boleh
dilakukan di sini seperti memberi ikan makan, jogging
dan macam2 lagi. Masuk free..
![]() |
Tau tak kenapa ramai orang berbaris kat tepi jambatan tu? Situ la tempat yang seronok untuk bagi ikan makan |
![]() |
Pelbagai ikan terdapat kat sini, seperti ikan patin, ikan talapia dan ikan kap.... |
Taman D.R Seenivasagam -
Terletak di tengah2 Bandar
Ipoh berdekatan di Sekolah Teknik Vokasional Lebuh
Cator...Satu lagi taman rekreasi yang terdapat di
Ipoh...pada satu ketika dahulu, taman ini sangat meriah
dan sangat aktif, di mana sampan dan bot boleh dinaiki
di sini, tetapi sekarang hanya tinggal kenangan....
Pengunjung yang datang ke sini pada masa kini hanya
untuk berkelah dan bersiar2 sahaja....Masuk adalah
percuma..
Taman Jepun -
Terletak bersebelahan pintu masuk Race
course...Masuk adalah percuma..
Kinta River Front -
Terletak berhampiran Sungai
Kinta...Di sini terdapat kedai-kedai makan dengan view
yang menarik iaitu di tepi sungai...
KLIK JGN XKLIK
kredit : marinafazli blog
No comments:
Post a Comment