Pages

Wednesday, July 10, 2013

Nasi Ganja Ipoh

Anda boleh makan sesuka hati nasi ganja ini tanpa ragu ditangkap polis.Hehehe.... Ia halal dan dibuat oleh seorang Indian Muslim,Sebenarnya nama ganja ni datang dari nasi kandar yang sedap yang membuatkan orang ketagihan dan nak datang lagi untuk ulang makan.Lokasi  Kedainya terletak didalam Kedai Kopi Yong Suan.Lokasinya di Ipoh dekat trafik light bersebelahan pejabat polis di Ipoh. boleh rujuk lokasi dibawah. koordinat: 4.592726,101.084644





Disebabkan kedai nie selalu dikunjungi ramai orang,so anda semua diharap bersabar untuk beratur, dan yang paling ROCK sekali tukang cedok lauk jenis 'authoritative' tak layan la kalau anda nak mintak itu ini, contohnya mintak tight, tapi dia bantai ambil jer mana2 part ayam. Kelebihannya memang cepatlah, sebab orang tak cakap banyak dan follow jer la tukang cedok nak buat cam ne kan....kedai femous la katekan (Tangan dibahu)....

Soal harga, masih boleh cakap berpatutan, harga seketul ayam rm3.20 manakala, nasi putih rm1.20, Yang lain sila rujuk dibawah.



Standard meal ialah gabungan nasi + ayam merah + bendi + timun + telut masin + timun + kuah dan sambal kelapa. Harganya rm5.10, memang murahla.
Sepinggan Nasi Ganja




Sekiranya anda menjejakkan kaki di Bandar Raya IPOH,sila-silalah kemari untuk mencubanya sendiri...